Siri ini menceritakan sekumpulan kanak-kanak yang dibawa ke satu alam lain bernama Dunia Digital ("DigiWorld") sewaktu menjalani perkhemahan musim panas. Mereka dibawa ke sana kerana mereka merupakan Kanak-kanak Terpilih yang bakal menyelamatkan Dunia Digital (serta Bumi, menjelang penamat siri ini) daripada kuasa jahat yang mengancam untuk memusnahkannya. Setiap kanak-kanak tersebut menerima seekor makhluk yang dipraprogramkan untuk diikatkan pada mereka, iaitu Digimon mereka, serta alat kecil yang dipanggil Digivice.
Dengan adanya kuasa digivice digimon kecil ini boleh menjelma menjadi bentuk yang amat gagah untuk berjuang, menentang musuh atau menyelamatkan rakan manusia mereka dari bahaya.
Digimon Adventure (Pengembaraan Digimon) merupakan sebuah siri anime yang dicipta di jepun. Siri ini merupakan kisah kanak-kanak terpilih yang datang ke dunia digital secara tiba-tiba. Pada episod 1, mereka bertemu dengan rakan digimon mereka iaitu Koromon, Tsunomon, Pyokomon, Motimon, Tanemon, Pukamon, Tokomon
Pada episod pertama juga, mereka telah bertukar ke peringkat biasa mereka untuk melawan Kuwagamon. Antaranya ialah Agumon, Gabumon, Piyomon, Tentomon, Palmon, Gomamon, Patamon
Mereka terus menjadikan peringkat ini peringkat biasa mereka. Selepas seketika, mereka bertemu dengan kanak-kanak terpilih yang kelapan iaitu adik Taichi, Hikari bersama rakan digimonnya, Tailmon.
Pada awal pengembaraan mereka,mereka berhadapan dengan situasi merbahaya di mana digimon akan berubah menjadi jahat dan x terkawal.Puncanya mereka dikawal oleh Gear Hitam dikuasai Devimon.

WOW !!
BalasPadam